
UPKK 360°: Lengkap, Interaktif & Efektif Darjah 4 Nota Padat & Praktis Topikal (Gabungan Nota & Latihan)
Dibina khas untuk membantu murid menguasai setiap topik dengan lebih mudah dan berkesan, UPKK 360° menggunakan pendekatan sistematik dan interaktif bagi memastikan pembelajaran lebih efektif. Buku ini menampilkan nota infografik yang ringkas, lembaran kerja pelbagai tahap kesukaran, serta ujian topikal yang mengikut format UPKK untuk mengukuhkan pemahaman murid. Tambahan pula, ia dilengkapi dengan video pengajaran, aktiviti interaktif, dan kunci jawapan, menjadikannya sumber rujukan yang ideal. Bukan hanya untuk murid, malah ibu bapa dan guru juga boleh menggunakannya sebagai panduan terbaik untuk persediaan UPKK!
