
UPKK 360°: Lengkap, Interaktif & Efektif Darjah 5 Nota Padat & Praktis Topikal (Gabungan Nota & Latihan)
Direka khas untuk membantu murid menguasai setiap topik dengan lebih mudah dan berkesan, UPKK 360° menggabungkan pendekatan sistematik dan interaktif bagi memastikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Setiap topik disusun dengan nota infografik yang ringkas, lembaran kerja pelbagai tahap kesukaran, serta ujian topikal mengikut format UPKK untuk memperkukuh pemahaman pelajar. Tambahan pula, buku ini turut dilengkapi dengan video pengajaran, aktiviti interaktif, dan kunci jawapan, menjadikannya bahan rujukan yang lengkap. Bukan hanya untuk murid, malah ibu bapa dan guru juga boleh menggunakannya sebagai panduan terbaik untuk persediaan UPKK!
