
UPKK 360°: Lengkap, Interaktif & Efektif Nota Padat UPKK Darjah 3, 4 & 5
Direka khas untuk calon UPKK, UPKK 360° membantu murid menguasai topik dengan lebih mudah melalui pendekatan sistematik, interaktif, dan efektif. Setiap topik disusun dengan nota infografik yang ringkas dan padat bagi memperkukuh pemahaman. Lebih daripada sekadar buku rujukan, ia turut dilengkapi dengan video pengajaran dan aktiviti interaktif, menjadikannya bahan pembelajaran yang menyeronokkan. Bukan hanya untuk murid, malah ibu bapa dan guru juga boleh menggunakannya sebagai panduan terbaik untuk persediaan UPKK!
